Selasa, 9 Jun 2009

Pengalaman Yang Menyeronokkan


Pengalaman yang menyeronokkan bila berada betul-betul di atas menara...Anda akan dapat merasakan tiupan angin yang cukup kuat...Walaupun di waktu matahari memancarkan sinarnya cukup kuat, kita tetap akan merasakan yang kita seolah-olah berada di bawah rimbunan pokok-pokok yang tumbuh di tepian pantai....
Apapun kalau anda ada kesempatan,cubalah sendiri...Ia pasti menyeronokkan...

Selasa, 28 April 2009

KERIS GANGSA




Membentuk pengakap kanak-kanak bukanlah satu masalah yang rumit.Tetapi,kenalah banyak berhati-hati pada tutur bahasa yang kita gunakan kerana mereka amat mudah untuk mengikuti sesuatu yang baru.Syukur kepada tuhan kerana hasil kerja keras saya dan akila 9W6CSI telah berjaya menjadikan 25 orang pengakap muda mendapat pangkat keris gangsa.Mudah-mudahan pada bulan 6 atau bulan 7 ini kami akan melahirkan lagi pengakap muda keris gangsa dan keris perak.Terima kasih juga diucapkan kepada barisan pengakap remaja dan kelana yang banyak membantu menjalankan aktiviti ini.....SEKIAN

Rabu, 1 April 2009

Tugasan.....


Bila kita dijadikan pembimbing,rasa macam lebih seronok bila kita jadi kelana.Sebab,kita boleh bergurau senda dengan sesiapa saja.Tapi,bila kita fikirkan balik,untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat,kita kenalah pandai membimbing orang yang dibimbing agar mereka tidak menjadi orang yang tidak bertanggungjawab satu hari nanti.Pengalaman Kursus Ketua Petrol Di Sembulan...........

Isnin, 2 Mac 2009

Bila masa kita penat...

Setelah selesai suatu aktiviti yang kita jalankan,pastinya kita akan berasa amat letih.Salah satu cara untuk kita kelihatan segar ialah dengan senyuman.Ini disebabkan kerana,bila orang melihat kita senyum dengan iklas,penat orang yang melihat kita akan reda,kita juga begitu bila lihat orang senyum dengan kita,penat kita juga akan hilang.Ini adalah aspek bantu-membantu untuk menghilangkan penat bersama.....

Jumaat, 27 Februari 2009

Aktiviti yang susah dilepaskan...

Entah apa yang saya boleh katakan.Tapi memang dari kecil lagi saya sangat berminat dengan pengakap.Saya rasa ada juga diantara yang ada meminati satu aktiviti seperti saya.Bagi saya aktiviti ini mempunyai satu kepuasan setelah saya sendiri melaluinya.Walau bagaimana pun,berhibur tu boleh,tapi jangan sampai kita lupa siapa diri kita sebenar di sisi tuhan.

Khamis, 26 Februari 2009

Sedikit tentang saya..

Saya adalah salah seorang yang amat beruntung kerana bila saya pandang kembali kae belakang, kisah zaman persekolahan saya taklah boleh dibanggakan sangat.Tetapi dengan tahap kesabaran dan sedikit ketekunan syukuralhamdulillah saya pada hari ini boleh menjadi salah seorang yang maju dalam bidang perkomputeran.Selain dari blog ini,anda juga boleh mencari saya seperti maklumat di bawah..
YM : sarss_al2002
Email : kausarku@yahoo.com.my
Bear Share : sarsaaa

Rabu, 25 Februari 2009

Aktiviti Tahunan..



Rasa-rasanya macam pernah anda melihat tempat yang saya duduki ini...

Apapun ini bukan hanya gambar hiasan kerana gambar ini diambil secara eksklusif oleh seorang juru gambar terkenal...

Selasa, 24 Februari 2009

SENYUM SELAMANYA...

Salam pertemuan di bahagian ini...