Selasa, 28 September 2010
Kit Pisau
Pengali Tanah (skop)
Ahad, 26 September 2010
Batu Api dan Steel
Dapur Memasak
Kebiasaannya kita memasak semasa menjalankan aktiviti luar lebih ramai yang meminati menggunakan kayu api. Tetapi untuk menjimatkan masa untuk menyediakan masakan adalah lebih baik kita menggunakan dapur masak yang hanya menggunakan lilin atau gas saja. Ini selalu digunakan bila seseorang mahu berhenti rehat makan sebelum meneruskan perjalanan atau tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencari kayu api yang kering. Lilin ini bileh menghasilkan tenaga haba yang cukup panas dan tidak akan mengeluarkan asap yang banyak. Bahagian dapurnya pula diperbuat dengan menggunakan aluminium yang nipis agar mudah sejuk selepas digunakan dan ini memudahkan ia dikemas selepas digunakan. Kelebihan mengunakan dapur ini juga boleh menjaga kebersihan sesuatu kawasan setelah digunakan. Ini adalah salah satu cara menjaga alam sekitar kita.
Sabtu, 25 September 2010
Tempat Air
Pisau Laut
Ini adalah sebuah pisau yang dikhaskan untuk digunakan bila kita berada di kawasan pesisir atau ditengah lautan.Model pisau ini adalah BF 140 dimana ia biasanya dipanggil FOLDING KNIFE berjenama BAKAU.Mata pisau ini diperbuat daripada stainless steel dan gagangnya diperbuat daripada plastik yang tahan bila terkena pada air laut. Panjang pisau ini adalah 5" dan ia tahan karat dan sangat sesuai bagi peminat pemancing laut. Pisau ini agak kurang sesuai untuk memotong objek yang keras seperti kayu. Oleh sebab itu, untuk memastikan jangka hayat pisau ini lama, pengguna hendaklah memastikan dahulu objek yang hendak dipotong. Anda boleh mendapatkan pisau ini di kedai-kedai yang menjual peralatan untuk menangkap ikan. Untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan air masin, saya galakkan anda menggunakan pisau yang mempunyai ciri-ciri seperti ini.
Jumaat, 24 September 2010
Pisau
Pisau adalah antara alat survivor yang paling utama apabila kita berada di dalam menjalankan suatu aktiviti.Pemilihan pisau adalah sangat penting mengikut satu kawasan contohnya bila kita mahu menjalankan aktiviti di dalam hutan,pisau yang agak tebal dan agak berat adalah sangat baik.Sekiranya kita mahu menjalankan aktiviti yang berada di kawasan pantai atau laut,mata pisau kita hendaklah agak nipis dan binaan besinya pula seharusnya jenis besi yang tahan karat.Jenis pisau di yang ditunjukkan pada gambar di atas adalah sebahagian daripada koleksi saya dimana sesuai sangat untuk menjalankan aktiviti dalam hutan atau pergunungan.Sekiranya anda mempunyai pisau,jagalah ia dengan baik..
Rabu, 22 September 2010
2010....
Lama tak updet blog ni...tapi tahun ni mungkin blog ni akan sangat aktif dengan banyak pengisian tantang aktiviti luar yang mencabar dan menyeronokkan....saya pasti anda akan mula banyak mempelajari banyak skill melalui blog ini....NANTIKAN...!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)