Sabtu, 9 Oktober 2010

Batu Pengasah Pisau

Pisau juga dikenali sebagai penggiling gunting. Manusia juga menggunakan benda ini untuk kegunaan mereka. Pada abad pertengahan, orang dahulu kala tidak sanggup untuk membeli pisau atau pisau baru kerana harganya sangat mahal.
Mungkin sebilangan orang akan beranggapan pengasah pisau tidak penting untuk aktiviti survival tetapi sebaliknya ia amat penting untuk penjagaan peralatan yang sering digunakan ketika berada di dalam hutan.
Cara-cara untuk menggunakan pengasah dengan betul amat mudah.Langkah pertama batu pengasah perlu direndam ke dalam air.Biarkan sehingga tiada gelembung yang keluar daripada batu pengasah tersebut.Langkah ini amat penting untuk mendapatkan asahan yang kemas dan licin.Langkah kedua ialah letakkan batu asa pada kedudukan yang rata dan tidak bergerak.Ini untuk mendapatkan sudut kecondongan mata pisau dalam kedudukan yang tepat supaya selepas asahan mata pisau akan menjadi tajam dan tahan.Jika sudut asahan kita tidak tepat dua kemungkinan yang selalunya akan berlaku iaitu pertama, mata pisau yang diasa terlalu condong ia akan tajam tetapi ia mudah tumpul disebabkan matanya terlalu nipis. Jika asahan pisau menggunakan sudut yang agak besar, mata pisau akan menjadi tebal dan ketajamannya juga akan berkurang. Sudut yang paling sesuai adalah 1/4 daripada ketebalan pisau.

Selasa, 28 September 2010

Kit Pisau

Mungkin anda akan tertanya apa perbezaan pisau dan kit pisau. Pisau biasa selalunya hanya mempunyai gagang dan mata pisau sahaja. Tetapi kalau kit pisau, ia mempunyai beberapa benda asas yang penting sekali bila kita berada dalam hutan. Biasanya, bila kita berjalan berseorangan di hutan kita tidak tahu apa jua yang akan berlaku pada diri kita. Tetapi sudah menjadi kebiasaan bila kita berada di hutan sentiasa membawa sebilah pisau atau parang sekurang-kurangnya untuk pelindung atau senjata sementara. Gambar tersebut adalah salah satu contoh Kit pisau yang agak baik dan lengkap. Panjang pemegang pisau ini adalah 13 CM memudahkan untuk mendapatkan cengkaman yang cukup baik. Mata pisaunya pula diperbuat dengan logam yang cukup tahan dan tidak mudah berkarat atau tumpul. Panjang mata pisaunya ialah 17.6 CM tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Ia boleh digunakan menjadi parang atau pisau. Bahagian belakang mata pisau ini terdapat gigi yang telah dibentuk membolehkan kita memotong kayu seolah-olah kita mengunakan gergaji. Pada pegangan pisau ini mempunya beberapa benda antaranya ialah mata kail, Tali pancing, macis, penampal luka, dan kompas. Pada sarung pisau ini terdapat tali yang panjangnya dalam 10 Meter sesuai untuk membina jerat binatang seperti kancil, arnab dan burung. Terdapat juga batu pengasah pisau. Oleh kerana itu, saya menggalakkan anda menggunakan pisau seperti ini untuk lebih memudahkan kita sekiranya berlaku sebarang masaalah yang tidak dingini semasa menjalankan aktuviti kemping.

Pengali Tanah (skop)

Pengali tanah atau lebih dikenali skop adalah satu alat yang tidak kurang pentingnya bila kita membina gejet. Antara kegunaan alat ini adalah untuk menggali lubang besar, lubang kecil, membuat parit kemah dan ia juga boleh menjadi alat yang serbaguna. Ini disebabkan kerana, skop jenis ini sangat fleksibel dengan hasil rekaannya ia mudah untuk diubah suai kepalanya dan boleh dilipat menjadi saiz yang kecil untuk memudahkan kita membawanya. Walaupun saiz atau panjangnya tidak sama dengan skop yang biasa digunakan, tetapi untuk seorang pengembara sudah memadai untuk membawa dan menggunakannya.

Ahad, 26 September 2010

Batu Api dan Steel

Sudah menjadi kebiasaan setiap aktiviti luar tidak boleh dipisahkan dengan api. Bukan sahaja tidak boleh dipisahkan malah ia adalah asas kepada kehidupan kita.Ini kerana kegunaan api kepada manusia adalah antaranya memanaskan badan,memasak air, memasak makanan, membunuh kuman atau menjauhkan kita daripada binatang buas semasa kita berada d hutan. Sumber bahan api boleh diperolehi daripada berbagai sumber. Kebanyakan orang lebih suka menggunakan macis ges atau macis kayu. Ini adalah disebabkan kerana untuk mendapatkan sumber bahan api amat mudah dan tidak perlu memakan masa yang agak lama. Bagi sesetengah seperti di pedalaman atau kawasan seperti di afrika, tidak mudah untuk mendapatkan macis. Oleh itu, untuk menyalakan api mereka selalunya menggunakan kayu kering yang di yang digeselkan dengan kayu kering lain untuk menghasilkan haba dan kemudian mengeluarkan api. Masaalah yang dihadapi pula sekiranya ketiadaan kayu kering mereka akan menghadapi masaalah untuk menyalakan api. Gambar di atas adalah menunjukkan batu api dan steel. Saya menggalakkan anda menggunakan alat ini kerana ia boleh menghasilkan percikan api dan boleh menghasilkan nyalaln api. Ia tidak mudah rosak walaupun anda membawanya masuk kedalam air. Batu apinya dilekatkan pada sejenis logam yang mudah menyala bila dikikis menjadi serpihan kecil. Steel pula digunakan untuk digores pada batu api. Sekiranya anda tidak mempunyai steel ini, anda boleh menggunakan mata pisau untuk menggantikannya.

Dapur Memasak

Kebiasaannya kita memasak semasa menjalankan aktiviti luar lebih ramai yang meminati menggunakan kayu api. Tetapi untuk menjimatkan masa untuk menyediakan masakan adalah lebih baik kita menggunakan dapur masak yang hanya menggunakan lilin atau gas saja. Ini selalu digunakan bila seseorang mahu berhenti rehat makan sebelum meneruskan perjalanan atau tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencari kayu api yang kering. Lilin ini bileh menghasilkan tenaga haba yang cukup panas dan tidak akan mengeluarkan asap yang banyak. Bahagian dapurnya pula diperbuat dengan menggunakan aluminium yang nipis agar mudah sejuk selepas digunakan dan ini memudahkan ia dikemas selepas digunakan. Kelebihan mengunakan dapur ini juga boleh menjaga kebersihan sesuatu kawasan setelah digunakan. Ini adalah salah satu cara menjaga alam sekitar kita.

Sabtu, 25 September 2010

Tempat Air

Air adalah sangat penting untuk manusia. 75% badan kita dipenuhi oleh air. Manusia tidak akan dapat hidup lama sekiranya tidak mendapat air secukupnya. Sekiranaya anda menjalankan aktiviti survivor atau camping, saya sangat menggalakkan anda sentiasa menyediakan air untuk diminum. Bekas air seperti ini sangat sesuai sekali dibawa kerana botolnya mempunyai tempat menyimpan yang boleh disangkutkan di bahagian pinggang kita. Bekas airnya pula diperbuat daripada sejenis plastik yang tahan dan tidak berbau bila disimpan air panas. Terdapat juga bekas yang diperbuat daripada aluminium. Itu bergantung kepada anda sendiri untuk memilihnya. Di bahagian bawah botol air ini terdapat sebuah bekas yang boleh dijadikan gelas, tempat memasak air atau memasak sup. Walaupun kuantitinya tidak banyak, tetapi cukup untuk kuantiti makanan 1 atau 2 orang.

Pisau Laut


Ini adalah sebuah pisau yang dikhaskan untuk digunakan bila kita berada di kawasan pesisir atau ditengah lautan.Model pisau ini adalah BF 140 dimana ia biasanya dipanggil FOLDING KNIFE berjenama BAKAU.Mata pisau ini diperbuat daripada stainless steel dan gagangnya diperbuat daripada plastik yang tahan bila terkena pada air laut. Panjang pisau ini adalah 5" dan ia tahan karat dan sangat sesuai bagi peminat pemancing laut. Pisau ini agak kurang sesuai untuk memotong objek yang keras seperti kayu. Oleh sebab itu, untuk memastikan jangka hayat pisau ini lama, pengguna hendaklah memastikan dahulu objek yang hendak dipotong. Anda boleh mendapatkan pisau ini di kedai-kedai yang menjual peralatan untuk menangkap ikan. Untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan air masin, saya galakkan anda menggunakan pisau yang mempunyai ciri-ciri seperti ini.